Domo-kun Cute

Tuesday, December 6, 2011

AKU BENCI MENUNGGU! HUH..

salam. sudah agak lama saya tak update blog ni. hari ni pun saya rajinkan diri nak update sebab tengah tunggu citer maharaja lawak mega buffering kat youtube! ohhhhhhhh. tak sanggup rasanya. korang tau ke macam mana nak cepatkan buffering youtube ni? aku dah cuba macam-macam cara kat internet tapi semua tu tak menjadi langsung! ke diorang sengaje nak buat topik mcm tu supaya blog mereka banyak follower? entahla. wallahualam. saya pun tak tau. tuduh-menuduh kang bedosa gak. kan? ok la.. dah habis buffering! maaf la pendek je entry kali ni. hehe. byee

Sunday, November 13, 2011

MAUT akibat ketawa keterlaluan!

PADA April 1872, Fitzherbert bersama teman-temannya sedang menonton persembahan teater opera. Salah seorang watak bernama Polly dalam teater itu berjaya melakonkan adegan mencuit hati sehingga membuatkan Fitzherbert tidak henti-henti ketawa.
       Akibat ketawa keterlaluan, Fitzherbert dipaksa keluar daripada ruang penonton kerana perbuatannya menganggu orang lain. Namun, seminggu kemudian, Fitzherbert disahkan mati setelah asyik ketawa tidak berhenti-henti sejak pulang menonton teater tersebut.
       Ketawa yang keterlaluan memang boleh membawa padah. Ramai yang telah menemui ajal akibat tidak dapat menahan rasa geli hati dan lucu setelah menonton persembahan atau mendengar lawak. Di bawah ini antara mereka yang terlalu kuat ketawa semasa hayatnya sehingga boleh membawa padah.



  • Tanggal Mac 1975, Alex Mitchell sedang menonton rancangan komedi di kaca televisyen di rumahnya. Aksi lawak lelaki berpakaian seperti orang Scotland namun pandai berkungfu dalam rancangan itu membuatkan Alex tidak berhenti-henti ketawa. Setengah jam kemudian, suara Alex mulai lemah dan akhirnya mengerang kesakitan., lalu maut akibat terkena serangan sakit jantung.
  • Ole Benzten dari Denmark ketawa berpanjangan sewaktu menonton filem A Fish Called Wanda. Akibatnya, jantung Ole Wenzten meningkat kepada 500 degupan per minit dan akhirnya meragut nyawanya.
  • Penulis Itali, Pietro Aretino ketawa hingga kekejangan lalu menemui ajal setelah mendengar kisah lawak saudaranya sendiri.
  • Seorang pelukis Yunani bernama Zeuxis tertawa sebaik saja melihat lukisan wanita yang baru dilukisnya. Dek kerana ketawa keterlaluan, Zeuxis sesak nafas dan akhirnya menemui ajal.
  • Seorang pelawak Yunani, Philemon ketawa terbahak-bahak ketika membuat persembahan lawak sehingga meragut nyawanya sendiri.
  • Chrisyppus, seorang bijak pandai Yunani maut setelah ketawa tidak berhenti-henti apabila melihat seekor keldai sedang memakan buah ara.
  • Ketika melihat pembaikan singgahsana Raja Charles II, sesuatu telah mencuit hati Thomas Urquhart sehingga tertawa tidak berhenti-henti. Sayangnya, Thomas yang juga pengarang berasal dari Scotland ini meninggal dunia setelah ketawa berlebihan.



p/s: Kepada pembaca, iboh la nak tetak lebih2 gilak. :) Senyum sikpa. Senaman muka bh. Bak kata Ina.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...